Friday, June 22, 2012

MAHAR SEBUAH PENGORBANAN

Hi Peeps,

Dah setahun tinggalkan blog ni terasa "awkward" - yakni canggung.
Alhamdulillah dengan semangat yang baru ini saya terpanggil untuk berblogger . Semoga Allah sentiasa merestui setiap apa yang saya lakukan  insyaAllah. Yang baik adalah dari-Nya dan yang buruk adalah dari saya yang hina ini.

Kata Mutiara : “Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!” 

Itulah ape yang saya nak kongsi kan dengan anda semua. InsyaAllah akan ada kebaikan untuk setiap PERUBAHAN yang kita lakukan. BERUBAH kepada yang lebih baik adalah sesuatu yang kita susah nak lakukan. 

"Dalam hidup, untuk berjaya dan bahagia kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar daripada “ZON SELESA” menuju “ZON MENCABAR” kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita.  Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan." - Ustaz Pahrol

Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu BERUBAH.
Tetapi perubahan itu “awkward”– yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.

Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama.
Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil kerana enggan berubah.

Hidup ini adalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan.
Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang BERUBAH dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Untuk melakukan perkara yang “perlu” dibuat walaupun kita tidak “suka” membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsisten). Ini semua seolah-olah “menyeksa” diri sendiri. 
No pain, no gain – tidak ada “kesakitan”, tidak ada ganjaran. Berakit-rakit ke hulu, berenang-berang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Begitu yang dipesan sejak dulu. Justeru, untuk berjaya “mujahadah” itu adalah wajib. - Ustaz Pahrol

Mujahadah ertinya “berperang” dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya, ia sangat bencikan kebaikan, peringatan dan ketaatan.  Menentang hawa nafsu, samalah dengan menentang diri sendiri. Terseksa. Ini yang menyebabkan satu mujahadah selalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah.Terlalu sayangkan diri untuk “disakiti”. - Ustaz Pahrol

Dunia diumpamakan  tempat “membayar”. Di akhirat nanti tempat “bermain”. Pay now, play later. Bayar di sini, “berseronoklah” di sana. Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah, sama ada untuk membayar dahulu, atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti. - Ustaz Pahrol

Sebaliknya, bagi mereka yang lalai berpegang kepada konsep: Play now, pay later. Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga.  - Ustaz Pahrol

Justeru marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima “kepahitan” yang sedikit dan sementara demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Oh, alangkah jahilnya kita sekiranya rela menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia -Ustaz Pahrol

At last but not least, semoga PERUBAHAN yang akan saya lakukan akan mendatang kebaikan untuk insan-insan yang saya sayangi khususnya. BERUBAH dalam segala hal. InsyaAllah.

Truly,
Kay

No comments:

Post a Comment